• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Hijrah

    Wednesday, December 8, 2010

    Sayidina Umar memilih Hijrah sebagai detik bermulanya kalendar Islam sebagai mercu tanda bermulanya kemenangan islam, agar setiap kali menyambut tahun baru umat islam akan mengimbau detik itu sebagai aspirasi mencipta kemenangan baru......

    Berhijrah lah..atau kita akan kalah...

    Appreciate..

    Saturday, December 4, 2010

    Helen Kehler pernah mengucapkan satu kata-kata :

    “It would be a blessing if each person could be blind and deaf for a few days during his grown-up live. It could make them see and appreciate their ability to experience the joy of sound”.

    Helen keller dilahirkan di dalam keaadaan tidak dapat melihat dan tidak dapat mendengar.Disebabkan keaadan ketika lahir,dia tidak dapat membaca,mendengar dan menulis seperti kita semua.. Sehinggakan dia pernah berkata,andai kata dia dibolehkan untuk melihat hanya untuk satu hari sahaja dia akan menghasilkan sebuah tulisan yang menarik Dalam kalangan kita sekarang mungkin ramai yang masih tidak bersyukur dengan apa yang kita ada.Kita selalunya hanya nampak pelangi di atas orang lain tapi kita tak pernah sedar dngn pelangi yang ada di atas kita,Tidak bersyukur dngan rupa kita,dngan duit yang kita ada dan pelbagai lagi..

    lebih malang lagi tidak brsyukur dngn ibu bapa mahupun anak-anak yang dipinjamkan kpada kita di dunia ini.Kita tidak akan tahu betapa bernilainya mereka ini andai kita tidak kehilangan mereka.Hargailah setiap yang hadir dalam hidup kita.Andai tidak dihargai pasti akan ditangisi pabila kehilangannya nanti


    Apa kata kita mula menghargai apa yang ada di sekeliling kita. Kita syukuri apa yang kita miliki dan kita ambil kisah dengan kelebihan-kelebihan yang ALLAH sudah anugerahkan pada kita.

    Selamat menghargai diri kita sendiri serta semua yang kita miliki.