• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Wednesday, November 24, 2010

    Best giler buku ni :DD

    Sunday, November 21, 2010
    Dah lama beli tapi baru berkesempatan bace..buku ni antara buku terbaik yg sy baca..

    ape yg ada dlm buku ni??
    banyak dan banyak yg bermanfaat yg bagi sesiapa yg tidak menghidupkan malamnya dngn qiamullail akan terasa brsemangat utk mnghidupkan..dan bagi sesiapa yg biasa melakukan qiamullail akan terasa lebih kuat utk melakukannya..

    Beberapa kelebihan bangun malam telah diungkapkan dalam hadis-hadis Baginda iaitu:

    * Allah akan mengabulkan segala permintaan hamba-Nya.
    Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya:
    Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Pada setiap malam di sepertiga terakhir pada bahagian malam, Allah turun ke langit dunia, dan berseru: “Siapa yang memanggil-Ku, maka Aku pun akan menyambutnya. Siapa yang memohon kepada-Ku, Akupun mengabulkannya. Dan siapa yang memohon ampun, maka Aku pun mengampuninya.” (HR Bukhari, Malik, Muslim dan Tarmizi)

    * Menambahkan dekatnya diri antara hamba dengan Allah.
    Sabda Rasulullah s.a.w. ertinya:
    “Sesungguhnya sedekat-dekatnya seorang hamba pada Tuhannya adalah di waktu tengah malam. Oleh sebab itu, jika kamu dapat menjadikan dirimu termasuk orang-orang yang berzikir kepada-Nya, maka kerjakanlah.” (HR Abu Daud dan Tarmizi)

    Dalam riwayat Muslim disebutkan, bahawa Allah menangguhkan hingga berakhirnya sepertiga pertama dari malam. Dan Allah turun ke langit dunia kemudian berfirman: “Aku adalah Tuhan, siapakah yang memanggil-Ku.”

    * Penangkal segala penyakit yang berasal dari tubuh.
    Sabda Rasulullah s.a.w. ertinya:
    “Hendaklah kamu semua rajin bangun malam (bertahajjud). Sebab hal itu telah menjadi kebiasaan para solihin sebelummu. Dan yang menyebabkan kamu dekat dengan Allah. Di samping itu dosa-dosa kamu dihapuskan-Nya, sekaligus penangkal segala penyakit yang berasal dari tubuh.” (HR Tarmizi)

    * Mendidik jiwa untuk bersyukur.
    Sabda Rasulullah s.a.w. ertinya:
    “Daripada Mughirah bin Syukbah r.a. ia berkata: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. pernah beribadah di malam hari hingga kedua kakinya bengkak.” Lalu sahabat bertanya: “Mengapa engkau lakukan ini wahai Rasulullah, bukankah dosa-dosa yang telah lalu dan yang akan datang telah diampuni oleh Allah s.w.t.?” Baginda menjawab: “Tidak layakkah jika aku menjadi seorang hamba yang mensyukuri nikmat Allah.?” (HR Ima ahli kecuali Abu Daud)

    * Orang yang sukar bangun malam untuk tahajjud bersahabat dengan syaitan.
    Sabda Rasulullah s.a.w. ertinya:
    “Daripada Ibnu Mas’ud r.a. ia berkata: “Pernah diceritakan seorang sahabat kepada Rasulullah s.a.w., bahawa ada seseorang yang sepanjang malam tertidur lena, tidak pernah bangun sedikitpun untuk solat. Rasulullah menjawab: “Telinga orang itu telah di kencing oleh syaitan.” (HR Bukhari, Muslim dan Nasa’ie)

    * Tahajjud mempunyai kebaikan yang tinggi.
    Sabda Rasulullah s.a.w. ertinya:
    Dari Abu Hurairah r.a. ia berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sebaik-baik solat setelah solat fardhu iaitu solat tahajjud.” (HR Muslim)

    * Tidak pelupa dan suka bersedekah.
    Solat tahajjud mempunyai kelebihan menjadikan seseorang tidak pelupa, suka beribadah dan suka bersedekah. Sabda Rasulullah s.a.w. ertinya:

    “Daripada Abdullah bin Amr bin Ash r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: “Barangsiapa solat malam dengan membaca sepuluh ayat al-Quran, maka tidaklah ia akan dicatat sebagai orang-orang yang lupa. Barangsiapa yang solat malam dengan membaca seratus ayat al-Quran, maka ia dicatat sebagai kaum Qanitin iaitu orang yang gemar beribadah. Barangsiapa yang solat malam dengan membaca seribu ayat al-Quran, maka dicatat sebagai kaum muqantirin iaitu orang kaya yang suka bersedekah.” (HR Abu Daud)

    Demikianlah Rasulullah s.a.w. telah menerangkan betapa penting dan tingginya pahala bagi orang-orang yang bangun di waktu malam, kemudian mengerjakan solat tahajjud dan berdoa kepada Allah s.w.t.. Pernah Rasulullah ditanya oleh para sahabat: “Amalan apakah yang paling afdal ya Rasulullah?” Baginda bersabda: “Seafdal-afdal amalan iaitu berdiri lama dalam solat malam.” (HR Abu Daud)

    Sem Breakk!!

    Thursday, November 18, 2010
    Assalamu'alaikum..

    Yeah!! akhirnya cuti sem ...!!
    gembira pun ada..excited pun ada...
    semua rakan2 di ipis sudah kembali ke kg halaman..
    tapi masih ada yg trkandas blum pulang atas bbrapa reason..
    asri dan mizan akn menyusul kmudian..
    abg shahril akn menyusul bulan 12..maybe smlm last jmpe dy..
    maybe akn jmpa dy lg pd masa akn dtg..
    pertmuan & perpisahan adalah adat..
    Sy x merasa rugi langsung klu x brtemu dia di dunia ni..
    tapi akn merasa amat rugi klu x brtemu dia di syurga nnti..
    ya allah..msukkanlh kami brdua kdalam syurga mu..

    Antara pengisian cuti:

    1.Buku Armageddon 2012( x hbis2 lg)
    2.Buku Yakjuj Makjuj(pinjam dr library..hbs la kena mrh dngn pak cik library time hntr lewat nnti :D)
    3.Buku...math..(dh insaf dh..baru nk start bljar ni)
    4.aik..buku jer..video pun ade gak..HSQ(halaqah sntuhan qalbu nk bagi habis)
    5.Cerita dekat kbs world .. :DD..tngk tv blh..tp jngn melalaikan ..
    6.Jalan2 cari makan dkt k.l.
    7.Balik kelantan..makan budu ke..best gak..:DD

    Selamat Hari Raya

    Friday, November 12, 2010

    Selamat Hari Raya aidiladha kepada semua muslimin dan muslimat..

    I love my life

    Klu kita nk brsyukur dngn apa yg kita ada..kita kena suka apa yg kita ada dulu..
    alhmdullillah stkat ni semua yg diimpikan tercapai dlm hidup ni..
    amat ajaib apabila difikirkan..

    >nk keputusan spm yg baik -dpt yg baik
    >nk jadi cikgu-skrang dah berada di ipg
    >dpt beli brg yg diidamkan-dpt la jgk beli..wlupun dompet selalu nipis jer..
    >belajar di darussyifa-dpt bljr skrg..

    Pentingnya bersyukur telah dijelaskan dalam surah Ibrahim ayat 17. Allah SWT berfirman, "

    Sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih."..

    hrp2 dan moga2 aku akan sentiasa mnjadi org yg brsyukur..

    Kebaikan..untuk apa??

    Wednesday, November 3, 2010
    Walau bagaimana banyak amalan yang dilakukan manusia, jin dan malaikat, perlulah diingatkan bahawa segala kebaikan itu tidak diperlukan oleh Allah SWT.

    Kerana Tuhan tidak memerlukan apa-apa daripada hambanya.
    Sebaliknya hambanya lah yang mengharap sesuatu daripada Allah SWT.

    Segala amalan soleh yang dikerjakan oleh hamba itu hanyalah untuk kebaikan diri sendirinya.