• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Beberapa hari lagi..maka berakhirlah tahun 2011

    Tuesday, December 13, 2011
    Beberapa hari lagi maka berakhirlah tahun 2011..
    2011 tahun yg paling b'makna buat ku..
    Pelbagai perkara berlaku dlm tahun ni..serta pada tahun ni juga aku ramai mengenali ramai sahabat baru...
    Aku banyak belajar perkara baru...
    & juga banyak menimba pengalaman di dalam pelbagai perkara...

    tapi aku bimbang sebenarnya...
    kerana aku x pasti amalan aku b'tambah atau tidak..
    sedangkan semua perkara lain bertambah...
    aku bimbang andai kata kejahatan yg aku buat mengatasi kebaikan yg aku buat pd tahun ini...
    maka aku akan t'golong di dalam golongan yg celaka..

    Dream bike

    Wednesday, December 7, 2011

    Cantik tak motor ni? ni lh motor idaman ku..tapi harga dia 24 ribu mcm tu..klu ambil loan 7 tahun dngn bayar deposit rm 7000 ...kena bayar bulan 3 ratus lebih macam tu...ish2..mahalnye :(

    Undangan

    Sunday, December 4, 2011
    Bismillahhirrahmanirrahim

    عَنْ أَبِى هُرَيْرةَ رَضِىَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ
    صلى الله عليه وسلم: حَقُّ اَلمُسْلِمِ عَلَى اَلْمُسْلِم سِتٌّ، قِيْلَ: وَمَاهُنَّ يَا
    رَسُوْلُ الله؟ قَالَ: اِذاَ لَقِيْتَهُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ، وَاِذَا دَعَاكَ فَأجِبْهُ، وَاِذَا اسْتَنْصَحَكَ فَانْصَحْ لَهُ، وَاِذَا عَطَسَ فَحَمِدَ اللهَ فَشَمِّتْهُ، وَاِذَا مَرِضَ فَعُدْهُ، وَاِذَا مَاتَ فَاتَّبِعْهُ.
    (رواه مسلم)
    Terjemahan:
    Dari Abi Hurairah (ra) katanya: Telah bersabda Rasulullah (sallallahu alayhi wasalam): Hak muslim terhadap muslim lainnya ada enam. (Baginda) ditanya: Apakah hak-hak tersebut, ya Rasulullah? Jawab baginda:
    1. Jika kamu bertemu dengannya, ucapkanlah salam padanya.
    2. Jika dia mengundangmu, hadirilah undangannya.
    3. Jika dia minta nasihatmu, berilah dia nasihat.
    4. Jika dia bersin dan bertahmid, maka tasymitkan dia.
    5. Jika dia sakit, maka kunjungilah dia.
    6. Jika dia meninggal dunia, maka ikutilah (jenazah)nya.
    (Hadis Riwayat Muslim)

    Nak cerita tentang yang nombor 2 je..kan cuti ni ada undangan2..jadi itulah yg kita kena sama2 usahakan..x kiralah undangan sahabat kita hingga ke musuh kita...
    kalau musuh jemput kita lagi bagus betul x? klu kita datang lagilh..subhanAllah..mungkin atas sebab itu tautan silaturrahim akan kembali bertaut..


    Kalau muslim mengundangmu untuk suatu upacara/munasabah seperti perkahwinan, akikah, kenduri kesyukuran dan lain-lain maka penuhilah undangannya itu.
    Dia sebenarnya telah menyatakan penghormatannya terhadapmu dengan undangan tersebut. Oleh sebab itu janganlah kamu hampakan harapannya itu, kecuali jika ada keuzuran yang tidak dapat dielakkan.
    .itulah prinsip saya dari kecil hingga ke sekarang...

    Kembara


    Bismillahhirrahmanirrahim...

    Tu dia..nama tajuk dia pun kembara...so cuti ni kembaralah jawabnya..

    Cuti ni...plan list kembara:-
    1) Kelantan -dah
    2) Pahang-dah
    3)Terengganu -dah
    4) Perlis - Belum..

    Perlis insyaAllah menyusul..

    P/s: Elaun baru masuk...masyuklah ;)

    Menggapai cinta ilahi..


    Bismillahhirrahmanirrahim...

    Kalau kita lihat pada masa sekarang, ramai yang berbicara di dalam blognya mahupun dalam fb nya tentang menggapai cinta ilahi... tentang inginkan cinta Allah s.w.t..tetapi benarkah hanya semudah itu untuk mendapatkan cinta ilahi...sekadar post di fb " Ya Allah, hanya cinta mu yang aku dambakan" ataupun hanya sekadar post di blognya "Allah s.w.t hanya cintamu yang aku impikan" ..yang lagi hebat ,pemimpin-pemimpin tidak kiralah pemimpin yang memegang jawatan di kampus atau di mana2..berkobar-kobar mengatakan perkara yang sama.. adakah mudah sekadar begitu?? jawapannya: Tentulah tidak... habis tu lagu mana nak dapat cinta Allahnya syahmi? ...kalau macam tu bukan..cara dia lagu ni... Kalau anda suka kat someone anda sanggup berkorban kononnya jiwa ragalah..jadi utk menggapai cinta ilahi..bukankah Allah sdh bagi tips-tips atau panduan dah lagu mana nk jadi org yang dia cintai..tinggal nak ikut atau tak sahaja..ingatlah firman Allah s.w.t di dalam surah al-imran

    “ Katakanlah wahai Muhammad ! , jikalau kamu benar-benar mencintai Allah maka ikutilah daku , pastilah Allah akan turut mengasihi kamu dan mengampuni dosa-dosa kamu . Walhal Allah Amat Pengampun Lagi Amat Pengasih “
    ~ Surah Ali ‘Imran : ayat 31...

    Ikutilah cara Rasulullah s.a.w....ikutilah sunnah Rasulullah s.a.w..nescaya Allah akan mencintai kita & akan mengampunkan segala dosa-dosa kita...InsyaAllah....
    Friday, September 16, 2011
    Walaupun tak dikurnia kemasyuran
    Walaupun tak diberi kemakmuran
    Hati ku tetap akan memuji
    NamaMu selalu Ya Rabbi

    Walaupun tak dilimpah kemewahan
    Akanku memanjangkan kesabaran
    Ku tetap syukur pada Ilahi

    Kerana mengurniakan nyawa ini

    Saturday, August 27, 2011
    I don't know why everynight in my dreams i see you......

    Ubat Hati

    Friday, June 17, 2011

    Ubat hati itu ada 5 perkara...

    1. Baca Qur'an dan ertinya

    2. Solat malam

    3. Berkumpulah dengan orang soleh

    4. Berpuasa

    5. Zikir malam



    salah satunya bisa kita lakukan InsyaAllah semua yang kita mau terkabulkan......


    Mawi & Akhil Hayy - HambaMu (OST Imam Muda)

    Sunday, June 12, 2011


    Besar mesej yang cuba disampaikan dalam video ni...
    sama2 lh kita renungkan apakah mesej itu...
    Monday, June 6, 2011

    Hukama ada berpesan ;

    " Dunia diciptakan untuk manusia, manusia dicipta untuk akhirat"
    Kata pujangga;

    " Hidup dimulakan dengan tangisan, dicelahi oleh tangisan dan diakhiri dengan tangisan. Maksudnya hidup ini penuh dengan masalah, kesukaran dan kepahitan. Lihatlah betapa seorang bayi dilahirkan ke dunia dengan tangisan, apabila dewasa nanti hidupnya akan dicelahi oleh tangisan dan akhirnya dia akan mati lalu dihantar ke kubur dengan tangisan juga"

    Alhamdulillah

    Sunday, June 5, 2011
    Alhamdulillah, satu peristiwa yang mengingatkan aku kembali..
    yang menyedarkan aku kembali...
    walaupun pertama kali terkena fitnah..tapi fitnah ni cukup menyedarkan aku...
    agar kembali ke landasan yang benar..
    walaupun aku terkesima & terkedu sementara kenapa aku & bukan org lain yg mnjadi sasaran fitnah..mungkin inilah hikmah nya..supaya aku sedar kembali...

    Minta2 di masa hadapan jngnlh aku ditimpa fitnah sebegini & fitnah yang lebih besar lagi..kerana aku bukanlh seorang insan yang kuat & tabah utk mnghadapi ini...

    Mungkin ini lah salah satu cubaan yang membuahkan kesedaran utk aku..

    Cubaan?

    Macam sama dengan post di bawah je..

    -Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada besertanya: "Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).- al baqarah-214



    Sebenarnya tertarik utk post ayat ni setelah ayat2 ni dikatakan oleh ustaz hasnol, imam masjid meru dalam forumnya baru2 ini di masjid k. selangor..Cukup hebat orgnya ustaz ni..dngn kata2 dia mampu membuatkan hati yg mndengar ni diketuk dan berfikir panjang....

    Al- Baqarah 214




    Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada besertanya: "Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).





    Hukum Menggugurkan Kandungan Mangsa Yang Dirogol

    Keputusan:

    Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Julai 2002 telah membincangkan Hukum Menggugurkan Kandungan Mangsa Yang Dirogol. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

    1. Haram menggugurkan kandungan janin yang telah berumur lebih 120 hari kerana pengguguran itu dianggap satu jenayah bunuh ke atas janin yang telah ditiupkan roh kecuali pengguguran itu untuk menyelamatkan nyawa ibu.
    2. Pengguguran janin yang berumur sebelum 120 hari adalah harus sekiranya janin itu cacat dan berpenyakit yang teruk yang boleh membahayakan nyawa ibu.

    Hukum Menggunakan Bakteria Yang Diambil Daripada Najis Bayi Sebagai Agen Pemangkin Dalam Yogurt

    Keputusan:
    Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-62 yang bersidang pada 16 Mac 2004 telah membincangkan mengenai Hukum Menggunakan Bakteria Yang Diambil Daripada Najis Bayi Sebagai Agen Pemangkin Dalam Yogurt. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum menggunakan bakteria kultur yang dipencilkan daripada sebarang najis sebagai agen pemangkin dalam yogurt adalah harus dengan syarat telah melalui proses pengasingan dan penyucian yang sejajar dengan hukum syarak kerana bakteria yang terdapat di dalam najis bayi adalah mutanajjis.


    Keterangan/Hujah:
    Bakteria adalah makhluk yang dijadikan oleh Allah SWT dan tiada nas yang menyebut tentang pengharaman atau statusnya sebagai najis. Walaupun bakteria selalu digambarkan menyebabkan penyakit namun kajian sains menyingkap satu lagi rahsia bukti kebesaran Allah SWT bahawa setiap sesuatu yang dijadikan di atas muka bumi ini tidak sia-sia. Berdasarkan kepada prinsip " setiap sesuatu pada asalnya adalah halal " dan " setiap sesuatu pada asalnya adalah harus " maka memanipulasi bakteria baik untuk menafaat manusia adalah tidak bertentangan dengan syariat.

    eXaM

    Sunday, May 22, 2011

    Susahnye exam math... Hanya tu yg mmpu dpt ku katakan......

    =)

    Saturday, May 21, 2011
    Aku harap aku bukan sedang bermimpi sekarang...
    Di mana mimpi indah yg akhirnya kan tersedar di tengah mimpi...
    Aku harap ini adalah satu realiti...
    realiti yang akan berkekalan selamanya.....

    terima kasih kepada awk kerana mnjadikan mimpiku sbgai realiti.... =)

    Frustrated

    Selama ini,
    Sepanjang aku hidup,
    aku masih belum dpt menjawab 3 persoalan ni...
    Siapa diri aku ...
    Di mana aku berada ...
    Dan akan ke mana aku selepas ini....
    Aku harap...akan ada org yg dpt mmberi aku jawapan utk prsoalan ini...
    -Xox0-

    10 Pesan Rasulullah

    Saturday, April 23, 2011
    Ada 10 pesan Rasulullah saw yang mengajarkan kita untuk mengusir iblis dan bala tentaranya jika menyerang kita dengan rayuan-rayuan yang menyebabkan kita terjerumus kedalam jurang kehinaan tanpa kita sadari dengan memanfaatkan titik kelemahan kita . Mari kita memperhatikan pesan-pesan kenabian tersebut yang tertuang dalam bentuk dialog antara manusia dan setan ;

    • Jika ia datang kepadamu dan berkata : “Anakmu mati”. Katakan kepadanya: “Sesengguhnya mahluk hidup diciptakan untuk mati, dan penggalan dariku (putraku) akan masuk surga. Dan hal itu membuatku gembira”.
    • Jika ia datang kepadamu dan berkata : “Hartamu musnah”.Katakan kepadanya: “Segala puji bagi Allah Zat Yang Maha Memberi dan Mengambil, dan menggugurkan atasku kewajiban zakat”.
    • Jika ia datang kepadamu dan berkata : “Orang-orang menzalimimu sedangkan kamu tidak menzalimi seorang pun”.Maka, katakan kepadanya :”Siksaan akan menimpa orang-orang yang berbuat zalim dan tidak menimpa orang-orang yang berbuat kebajikan ( Mukhsinin)”.
    • Dan jika ia datang kepadamu dan berkata :”Betapa banyak kebaikanmu”, dengan tujuan menjerumuskan untuk bangga diri (Ujub). Maka ia katakan kepadanya :”Kejelekan-kejelekanku jauh lebih banyak dari pada kebaikanku”.
    • Dan jika ia datang kepadamu dan berkata :”Alangkah banyaknya shalatmu”. Maka katakan :”Kelalaianku lebih banyak dibanding shalatku”.
    • Dan jika ia datang dan berkata :”Betapa banyak kamu bersedekah kepada orang-orang”. Maka katakan kepadanya :”Apa yang saya terima dari Allah jauh lebih banyak dari yang saya sedekahkan”.
    • Dan jika ia berkata kepadamu :”Betapa banyak orang yang menzalimimu”. Maka katakan kepadanya :”Orang-orang yang kuzalimi lebih banyak”.
    • Dan jika ia berkata kepadamu :”Betapa banyak amalmu”. Maka katakan :”Betapa seringnya aku bermaksiat”.
    • Dan jika ia datang kepadamu dan berkata :”Minumlah minum-minuman keras!” Maka katakan :”Saya tidak akan mengerjakan maksiat”.

    INVESTMENT...Profit selepas mati

    Friday, April 1, 2011
    Apabila seorang jemaah haji bersiap untuk ke Mekah , bekalan paling penting bagi setiap mereka adalah memastikan Rial Saudi mencukupi bagi tempoh mereka berada di sana. Kepada yang melancong ke Amerika, pastikan bekalan US dollar sesuai dengan masa dan urusan di sana. Begitu juga yang ke Jepun, Yen di dalam poket mestilah cukup.

    Bila berada di Jepun, Ringgit Malaysia tidak laku . Dengan Rial Saudi pula, tidak mampu membeli apa-apa ketika berada di Amerika. Demikianlah currency di dunia ini.

    Satu persoalan, apakah bekal yang perlu kita bawa untuk selepas mati? Semua manusia pasti mati. Yang kaya mati, yang miskin mati. Orang sakit mati, doktor pun mati. Apakah matawang yang laku urusniaganya di alam selepas mati? Islam mengajar kita, hanya PAHALA yang laku selepas mati nanti.

    Dengan PAHALA , seseorang boleh shopping apa sahaja di alam selepas mati. Buah-buahan, makanan yang enak, tempat menginap yang sangat selesa, bidadari-bidadari dan segala nikmat yang sekiranya kita mampu bayangkan, pastinya bukan sehebat yang kita mampu bayangkan. Nabi Muhammad s.a.w menyatakan, selagi manusia boleh bayangkan, maka itu bukanlah nikmat yang dimaksudkan, kerana nikmat di alam selepas mati tidak mampu untuk manusia bayangkan.

    Justeru, setiap yang masih hidup, mesti menyediakan bekalan secukupnya, iaitu currency yang laku selepas mati; PAHALA.

    Tiga pelaburan, diajar oleh Rasulullah s.a.w kepada umatnya, dibuat ketika masih hidup. Profit PAHALAnya sentiasa masuk ke akaun pelaburan, walaupun selepas mati. Dengan profit ini, pelabur boleh menggunakannya di alam selepas mati.

    Pertama, sedekah jariah.
    Jariah dalam bahasa Arab bermakna berlari (manusia/haiwan) atau mengalir (air). Sedekah jariah yang dimaksudkan adalah sedekah yang dilakukan ketika masih hidup, tetapi ia masih dimanfaatkan selepas kematian pelabur.

    Contohnya sedekah al-Quran, membina sekolah agama, masjid atau sedekah simen untuk tandas surau. Selagi ia dimanfaatkan, pahala tetap masuk ke akaun yang melabur.

    Pelaburan kedua adalah ilmu yang dimanfaatkan.
    Ilmu yang diajar, walaupun satu surah al-Fatihah kepada anak sendiri, PAHALAnya sampai kepada yang mengajar walaupun telah mati. Nabi berpesan agar kita menyampaikan ilmu yang diperolehi dari baginda, walaupun satu ayat. Apatah lagi kalau ilmu itu disebarkan pula oleh orang yang diajar itu kepada orang lain, PAHALAnya berganda ...PAHALA multilavel!! Belajar dan tambahkanlah ilmu, agar kita mampu melabur untuk dapat profitnya selepas mati.

    Ketiga, anak soleh yang mendoakan ibu bapanya.
    Anak yang tidak soleh tidak akan doa untuk ibubapanya. Ibubapa yang bersusah payah memberi didikan agar anak menjadi soleh, sebenarnya sedang membuat pelaburan. Bagaimana nak jadikan anak itu soleh? HANYA dengan agama, seseorang anak akan menjadi soleh.

    MEMAHAMI dan MENGAMALKAN agama, anak jadi soleh.
    Saya tidak bermaksud semua anak mesti jadi ustaz atau hafiz quran. Anak-anak boleh membesar sebagai engineer, pilot atau bussinessman, tapi yang penting mereka beragama. Menjaga pantang larang agama.

    Currency dosa pahala sentiasa menjadi pertimbangan mereka. Hanya anak begini yang akan berdoa untuk ibubapanya. Ketika itu, ibubapa di dalam kubur menikmati profit pelaburan mereka di dunia dulu.

    Atas asas inilah saya cuba membangunkan blog ini. Agar saya dan semua yang melayarinya dapat sama-sama MENJANA DI SINI....untuk bekalan DI SANA.
    Friday, March 25, 2011

    Diam tak semestinya berfikir..merenung tak semestinya mengkaji..bercakap tak
    semestinya berilmu..dan bertanya tak semestinya ingin tahu....=)
    Saturday, February 26, 2011

    Kehidupan

    Wednesday, February 2, 2011

    Salam Maulidur Rasul :D

    Tuesday, February 1, 2011

    Kehidupan Sebuah Perjuangan

    Peluang Terbaik


    Tiada siapa mampu kembali untuk membetulkan kesilapan lalu,
    tapi kita bersyukur kerana masih diberi peluang untuk memulakan
    sesuatu yang baru & mengharapkan akhir yang baik
    untuk menghadap YANG MAHA MULIA disana

    Mari Mengenali Baginda Rasulullah S.A.W

    BIODATA RINGKAS BAGINDA RASULULLAH SAW

    PENDAHULUAN

    Pepatah Melayu ada mengatakan "Tak Kenal, Maka Tak Cinta". Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda.

    Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya. Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ' St. Valentino daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW.

    Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru itu kita harus berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.

    BIODATA RASULULLAH SAW

    · Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
    · Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571
    Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
    · Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
    · Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
    · Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
    · Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
    perempuan bapa Rasulullah SAW).
    · Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
    · Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
    Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

    USIA 5 TAHUN

    · Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

    USIA 6 TAHUN

    · Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa'(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
    · Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
    dan dibiayai oleh datuknya Abdul Mutallib.

    USIA 8 TAHUN


    · Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
    · Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

    USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

    · Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
    · Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

    USIA 20 TAHUN

    · Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
    · Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

    USIA 25 TAHUN


    · Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
    · Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
    · Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
    · Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

    USIA 35 TAHUN

    · Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
    · Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.
    · Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

    USIA 40 TAHUN

    · Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

    USIA 53 TAHUN

    · Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
    · Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622 M.

    USIA 63 TAHUN

    · Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

    ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW


    § Khadijah Binti Khuwailid.
    § Saudah Binti Zam'ah.
    § Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
    § Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
    § Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
    § Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
    § Zainab Binti Jahsy.
    § Maimunah Binti Harith.
    § Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
    § Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

    ANAK-ANAK RASULULLAH SAW


    1. Qasim
    2. Abdullah
    3.. Ibrahim
    4. Zainab
    5. Ruqaiyah
    6. Ummi Kalthum
    7. Fatimah Al-Zahra '

    ANAK TIRI RASULULLAH SAW

    Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

    IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN


    1. Thuwaibah 1. Hamzah
    2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

    SAUDARA SUSUAN


    1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
    2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
    3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
    4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

    BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTALLIB)

    1. Al-Harith
    2. Muqawwam
    3. Zubair
    4. Hamzah ***
    5. Al-Abbas ***
    6. Abu Talib
    7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
    8. Abdul Ka ' bah
    9. Hijl
    10. Dhirar
    11. Umaimah
    12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
    13. Atiqah ##
    14. Arwa ##
    15. Umaimah
    16. Barrah
    17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

    Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas)

    Sumber : http://mbs2foto.blogspot.com

    Dia...

    Monday, January 3, 2011
    Suatu masa di sekolah menengah dahulu...
    Dia merupakan seorang yg sy kagumi..
    Dia amat pintar...
    Dia selalu dapat nombor tinggi2 dlm kelas..
    x sprti sy yg slalu dpt nombor blakang2 je..
    Banyak yg saya belajar drpada dia...


    Bila sy lihat dia..
    dtg satu perasaan,,
    perasaan mengatakan alangkah baiknya klu dia bertudung..
    menutup aurat..
    Dia mmg sudah cantik..tapi alangkah lg cantiknya klu dia bertudung...



    selepas spm,sy dan dia sudah mmbawa diri ke jalan masing2...
    tapi suatu hari terlihat gmbar dia dkt fb,,
    sampai tengok 2 kali gambar dia..
    rupa2nya si dia sudah bertudung..
    alhamdulillah...amat gembira rasanya hati ni...
    moga2..dia akan selalu bertdung setiap masa..



    mungkin ramai yg akan mengutuk begini...



    "eleh,bertudung belum tentu baik...klu stakat brtudung prangai mcm **** buat ape kan"


    ye memang benar..tapi cuba fikirkan...


    orang bertudung x semestinya baik semua,tapi orang yg x bertudung semestinya x baik semua..



    Klu kita x dengar kata ibubapa kita dianggap anak derhaka..


    bagaimana pula kalau kita x mendengar perintah allah utk menutup aurat...
    bolehkan sy mengatakan yg kita ni adalah hamba allah yg derhaka....

    A kick start to new year Resolution..

    Suasana di suatu petang dlm kira2 jam 6 pada hari tu di perkarangan sebuah masjid cukup tenang..
    Agak ramai manusia-manusia brbondong-bondong ke masjid...
    Namun di dlm ramai itu..yang banyak hanya warga yg blh dikategorikan warga tua..bukan anak muda untuk menyambut kedatangan tahun baru hijrah..





    Namun apabila kita semua lihat apabila sambutan tahun baru masihi..
    Ramai pulak anak muda sanggup turun wlupun sambutan itu tengah malam...
    menyambut dngn perkara yg langsung x brfaedah malah ada juga yg mmbuat prkara
    yg akan mengundang bala Allah s.wt...



    Sebenarnya mereka harus sedar bahawa apabila melangkah sahaja ke tahun baru..


    brmakna....


    Setahun jugalah umur kita kurang daripada kita...
    ianya bukan suatu utk diraikan...
    tetapi suatu utk difikirkan brsama....