• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Saturday, December 22, 2012
     


     
    “Mungkin Allah membuka pintu ketaatan tetapi ditutup pintu penerimaan (kabul). Sebagaimana adakalanya ditakdirkan engkau berbuat dosa tetapi menjadi sebab yang mendekatkan diri kepada Allah. Maksiat yang melahirkan rasa tercela dan penyesalan adalah lebih baik di sisi Allah daripada ketaatan yang membawa kepada rasa sombong, ujub dan takabbur.”-Ibnu `Ataillah-

    Hargai kehidupan...

    Tuesday, December 11, 2012


    Kisah ni diambil dari satu blog...untuk sama2 kita merenung pengajaran dari kisah cerita ni

    Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri
    mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:

    "Mana emak?"

    "Mak pergi menoreh," jawabnya.

    "Mana bapak?"

    "Bapak pergi kerja..."

    "Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.

    "Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.

    "Awak ada berapa orang adik-beradik?"

    "Sepuluh."

    "Adik ni yang ke berapa?"

    "Saya yang kelapan."

    "Mana abang-abang kamu pergi?"

    "Tolong emak menoreh."

    "Adik puasa hari ini?"

    "Sama je, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya.

    Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu. Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"

    "Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu.."

    "Bapak kerja apa?"

    "Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".

    Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar.

    Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu.

    Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!"

    Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi.

    Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu  aku sempat berjumpa dengan ibu mereka.

    Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar.

    Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.

    "Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah makcik.."

    Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu?

    Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu, dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari.

    Dia berkata "Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."

    Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"

    "Cuma RM3.00 sehari."

    "Ayahnya bekerja macam mana"

    "Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."

    Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..
    Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"?

    Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

    Aku ini siapa?-Dr Maza

    Tuesday, November 27, 2012

    ;)


    Cuti sekolah ku..



    Indahnya cuti sekolah ku dengan duduk rumah dan tengok tv hari-hari.....:D

    Semoga cepat baik..

    Semoga cepat sembuh bos...kalau sakit, x ada orang nak gaduh sama dngn sy..haha..

    :(

    Tuesday, November 20, 2012
    Gambar yang cukup menyayat hati..kanak2 terbakar kerana serangan israel ...


     
     
     Seperti kata kawan ku: 
    kawan2..jgn lupa doa untuk saudara kita di GAZA..syukran..xdpt gi..dpt doa /sumbang pn jadi.
    mailah kita sama2 menjadi pembantu seperti "burung kecil" yg membantu memadamkan api marak yg membakar baginda nabi Ibrahim a.s.

    Allah xtanya kita berjaya padamkan 'api" atau x...Allah akan tanya ada x kita usaha padamkannya.

    :)

    Sunday, November 18, 2012

    3 Hari di KB

     KAMI bersama Pengantin.. ;)..jngn jeles mereka dh kahwin dh..
     Keluarga Hafizudin di rumahnya..3 hari berkampung di sane :)..best

     Bagai kucing dan anjing..tetapi tetap tidak dapat dipisahkan seperti perumpamaan arif dngn tidurnya..kui2

     Rempit dulu..bersama akmal ,abg izzul dan abg shafiq
     Geng2 muslimat & abg epul di masjid pauh sembilan,bachok...

    Arif & Amru di rumah kak zulaikha

    Kami bersama keluarga kak najibah :)

    arigato gozaimas

    Friday, October 26, 2012

    Arigato gozaimas kawan2 yang selalu menyokong saya kebelakangan ni ketika saya hadapi masalah...:)..
    terharu pulak ada kawan macam ni....
    Dalam dua-tiga bulan ni..banyak giler perkara pelik2 (pelik ke?) terjadi...tapi ada support anda..insyaAllah..langkah tetap diteruskan ..yosh ;)

    Harapan

    Yup, Dalam kehidupan ini..sebenarnya..kita perlukan harapan...
    andai kita punya harapan untuk berjaya..pasti kita akan berjaya...InsyaAllah ;)

    Senyum walau apa pun terjadi ;)


    Selamat Hari Raya AidilAdha :)


    Nota untuk Da'i

    Monday, June 4, 2012


     Benarlah kata2 tersebut...& tambahan sikit lagi..
    Dari sms kawan sy yg sy terima bertarikh 21 may jam 8.36 pm..amboi..detailnye..hehe 

    "Smsnya berbunyi Allah akan sentiasa menguji antum pada titik kelemahan antum. Orang yang lemah dalam masalah harta , namun kuat dalam masalah pangkat & wanita, x diuji dengan pangkat dan wanita. Orang yang sentiasa mudah tersinggung dan pemarah akan diuji Allah dengan dipertemukan dengan orang- orang yang sentiasa membuatnya tersinggung & marah. Seorang yang sentiasa berlambat-lambat dalam dakwah kerana alasan 'isteri, mentua, tetamu' akan sentiasa dihadapkan dengan alasan itu, 'Mentua dtg, tetamu dtg brsilih ganti'. Yang akan terus menundanya untuk bersegera menghadiri program dakwah, sampailah dia boleh mengutamakan agenda dakwahnya dalam kehidupannya~ K.H Rahmat Abdullah, cinta sang murabbi~ slm istiqamah..slm tarbiyyah ~"