• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Habis!!

    Friday, January 27, 2012


    Buku feqah mazhab syafie jilid 6 & 7 habis dkt syabab....nk cari dkt mana pulak ni..
    & buku tulisan ustaz syaari pun habis dkt sana..nak sangat buku2 ni...x pe lah..nnti jmpa jugak tu..amin..oh ye, berbalik kepada buku feqah tu..cari sbb ustaz harun din mengajar di surau annur guna kitab tu...

    Apa kata sambil2 tu kita berkenalan sedikit dngan ustaz harun din..jom2





    Tuan Guru Dato' Dr. Haron bin Din dilahirkan pada hari Ahad, 18 Ogos 1940 bersamaan 14 Rajab 1359 (Tarikh Hijrah ini mengikut kiraan Komputer) di Bohor Mali, Kangar, Perlis. Berkahwin dengan seorang Isteri dan dianugerahkan Allah dua orang anak lelaki dan tiga perempuan. Beliau dibesarkan dikalangan keluarga yang kuat mengamalkan ajaran agama Islam. Ibu bapa beliau adalah guru al-Quran yang mengajar bacaan al-Quran kepada masyarakat setempat. Beliau adalah anak yang ketiga daripada 10 orang adik beradik.Mempunyai seorang abang dan kakak dan seorang adik lelaki menakala enam adik perempuan.Dua orang saudara lelaki beliau juga tokoh agama terkenal iaitu abang beliau Ustaz Ishak bin Din dan adik beliau Ustaz Abu Hassan bin Din. Ayahanda beliau dikenali sebagai sebagai Lebai Din, yang juga seorang perawat yang mengamalkan rawatan pengubatan Islam.

    Lebai Din juga seorang guru silat yang mengamalkan Silat Gayung Petani, bagaimanapun ilmu silat ini tidak langsung diturunkan kepada anak-anaknya. Berkenaan ilmu pengubatan Islam, Lebai Din hanya menurunkan ilmunya kepada seorang anaknya sahaja iaitu kepada Ustaz Haron Din. Lebai Din hanya mengijazahkan ilmunya dan memberi buku catatan pengubatan kepada Ustaz Haron Din sahaja.

    Ustaz Haron Din menerima pendidikan awal di tangan ayah dan ibunya sendiri. Kemudian dimasukkan ke Madrasah al-Islahiah al-Wataniah Bohor Mali. Seterusnya ke Madrasah al-‘Alawiyah al-Diniah dan al-Kuliah al-Islamiah, Kelang Selangor. Kemudian melanjutkan pelajaran di Kolej Islam Malaya (1962-1965). Di kolej ini beliau memperolehi Sijil Tertinggi Kolej dengan cermerlang kemudian telah memenangi hadiah Biasiswa Persekutuan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat “Master Degree” di Universiti Al-Azhar, Cairo (1966-1968). Dalam masa tidak sampai dua tahun beliau telah berjaya memperolehi dua degree serentak iaitu M.A (Ijazah Sarjana) Syariah daripada Universiti Al-Azhar dan Diploma Pendidikan dari ‘Ain Shams, Universiti Cairo.

    Setelah memperolehi Ijazah Sarjana Syariah, beliau kembali ke tanah air dan berkhidmat sebagai guru agama di Kementerian Pelajaran. Beberapa tahun kemudian beliau kembali semula ke Mesir untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Doktor Falsafah. Beliau memperolehi Ph.D Syariah dengan cermerlang daripada Universiti Darul-Ulum Qahirah (1972-1974).

    Pulang ke tanah air dan berkhidmat sebagai pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Akademik adalah bidang kerjayanya. Kekeluargaan Islam adalah jurusannya. Sebagai satu pengiktirafan terhadap kecemerlangan akademiknya, UKM menganugerahkan pangkat “Profesor” kepadanya sejak tahun 1986.


    serba sedikit biodata beliau... :)..kagum sangat dngan beliau :D

    ...




    Emosi aku x menentu kebelakangan ni..atas beberapa sebab...
    Mixed emotions..and i dont know why this could happen to me...
    it seems that something is bothering my mind and i dont know what it is..haizz

    kecelaruan emosi...

    Alhamdulillah

    Alhamdulillah kerana aku dikurnia sahabat2 yg slalu membimbing ku dalam melakukan sesuatu...yang selalu memberi nasihat kepada ku..aku suka sbnrnya semua begini..tanpa mereka bagaimana lah aku..p/s: post ttg apa sbnrnya ni? aku pun hairan..

    Gotong -royong



    Best jugak gotong royong bilik mtem hari ni..wlupun x smua ada ..tp tetap best..Anda semua mmg t'baik!

    Lewat jugak pergi gotong royong..prgi makan dkt luar dulu dngan amru, yazid,arif n fizu..lpas tu baru gi...

    Nampaknya bilik tu dh brtukar rupa dah..;)

    Camar Kelukaan-Saff-One.mp4

    Tuesday, January 24, 2012
    nape la sedih sangat lagu kat blog abg adhwa tu..tp papepun ..lagu ni mmg best..buat org sedih je..hmm,sbnrnya lagu ni mngandungi makna yang mendalam..abg adhwa lbih arif kot....apa2pun..ditujukan khas buat abg jai, abg kho n kak aisyah..;)

    Cuti tahun baru cina

    ‎Lama agaknya x update..x pe2..beselah tu..sibuk dngan dunia kan..
    oh ye, ternampak satu kata2 ni ketika ustz syaari tayangkan video hari tu..
    kata2 yang cukup memberi semangat kepada sesiapa pun...

    "Komitmen adalah kecekalan hati menuju garisan penamat ketika tenaga fizikal sudah kehabisan. Kuda akan kehabisan oksigen selepas berlumba separuh batu yang prtama. Larian ke garisan penamat akan diteruskn jua atas kekuatan jntungnya"