• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Best giler buku ni :DD

    Sunday, November 21, 2010
    Dah lama beli tapi baru berkesempatan bace..buku ni antara buku terbaik yg sy baca..

    ape yg ada dlm buku ni??
    banyak dan banyak yg bermanfaat yg bagi sesiapa yg tidak menghidupkan malamnya dngn qiamullail akan terasa brsemangat utk mnghidupkan..dan bagi sesiapa yg biasa melakukan qiamullail akan terasa lebih kuat utk melakukannya..

    Beberapa kelebihan bangun malam telah diungkapkan dalam hadis-hadis Baginda iaitu:

    * Allah akan mengabulkan segala permintaan hamba-Nya.
    Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya:
    Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Pada setiap malam di sepertiga terakhir pada bahagian malam, Allah turun ke langit dunia, dan berseru: “Siapa yang memanggil-Ku, maka Aku pun akan menyambutnya. Siapa yang memohon kepada-Ku, Akupun mengabulkannya. Dan siapa yang memohon ampun, maka Aku pun mengampuninya.” (HR Bukhari, Malik, Muslim dan Tarmizi)

    * Menambahkan dekatnya diri antara hamba dengan Allah.
    Sabda Rasulullah s.a.w. ertinya:
    “Sesungguhnya sedekat-dekatnya seorang hamba pada Tuhannya adalah di waktu tengah malam. Oleh sebab itu, jika kamu dapat menjadikan dirimu termasuk orang-orang yang berzikir kepada-Nya, maka kerjakanlah.” (HR Abu Daud dan Tarmizi)

    Dalam riwayat Muslim disebutkan, bahawa Allah menangguhkan hingga berakhirnya sepertiga pertama dari malam. Dan Allah turun ke langit dunia kemudian berfirman: “Aku adalah Tuhan, siapakah yang memanggil-Ku.”

    * Penangkal segala penyakit yang berasal dari tubuh.
    Sabda Rasulullah s.a.w. ertinya:
    “Hendaklah kamu semua rajin bangun malam (bertahajjud). Sebab hal itu telah menjadi kebiasaan para solihin sebelummu. Dan yang menyebabkan kamu dekat dengan Allah. Di samping itu dosa-dosa kamu dihapuskan-Nya, sekaligus penangkal segala penyakit yang berasal dari tubuh.” (HR Tarmizi)

    * Mendidik jiwa untuk bersyukur.
    Sabda Rasulullah s.a.w. ertinya:
    “Daripada Mughirah bin Syukbah r.a. ia berkata: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. pernah beribadah di malam hari hingga kedua kakinya bengkak.” Lalu sahabat bertanya: “Mengapa engkau lakukan ini wahai Rasulullah, bukankah dosa-dosa yang telah lalu dan yang akan datang telah diampuni oleh Allah s.w.t.?” Baginda menjawab: “Tidak layakkah jika aku menjadi seorang hamba yang mensyukuri nikmat Allah.?” (HR Ima ahli kecuali Abu Daud)

    * Orang yang sukar bangun malam untuk tahajjud bersahabat dengan syaitan.
    Sabda Rasulullah s.a.w. ertinya:
    “Daripada Ibnu Mas’ud r.a. ia berkata: “Pernah diceritakan seorang sahabat kepada Rasulullah s.a.w., bahawa ada seseorang yang sepanjang malam tertidur lena, tidak pernah bangun sedikitpun untuk solat. Rasulullah menjawab: “Telinga orang itu telah di kencing oleh syaitan.” (HR Bukhari, Muslim dan Nasa’ie)

    * Tahajjud mempunyai kebaikan yang tinggi.
    Sabda Rasulullah s.a.w. ertinya:
    Dari Abu Hurairah r.a. ia berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sebaik-baik solat setelah solat fardhu iaitu solat tahajjud.” (HR Muslim)

    * Tidak pelupa dan suka bersedekah.
    Solat tahajjud mempunyai kelebihan menjadikan seseorang tidak pelupa, suka beribadah dan suka bersedekah. Sabda Rasulullah s.a.w. ertinya:

    “Daripada Abdullah bin Amr bin Ash r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: “Barangsiapa solat malam dengan membaca sepuluh ayat al-Quran, maka tidaklah ia akan dicatat sebagai orang-orang yang lupa. Barangsiapa yang solat malam dengan membaca seratus ayat al-Quran, maka ia dicatat sebagai kaum Qanitin iaitu orang yang gemar beribadah. Barangsiapa yang solat malam dengan membaca seribu ayat al-Quran, maka dicatat sebagai kaum muqantirin iaitu orang kaya yang suka bersedekah.” (HR Abu Daud)

    Demikianlah Rasulullah s.a.w. telah menerangkan betapa penting dan tingginya pahala bagi orang-orang yang bangun di waktu malam, kemudian mengerjakan solat tahajjud dan berdoa kepada Allah s.w.t.. Pernah Rasulullah ditanya oleh para sahabat: “Amalan apakah yang paling afdal ya Rasulullah?” Baginda bersabda: “Seafdal-afdal amalan iaitu berdiri lama dalam solat malam.” (HR Abu Daud)

    0 comments:

    Post a Comment