• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Ubat Hati

    Friday, June 17, 2011

    Ubat hati itu ada 5 perkara...

    1. Baca Qur'an dan ertinya

    2. Solat malam

    3. Berkumpulah dengan orang soleh

    4. Berpuasa

    5. Zikir malam



    salah satunya bisa kita lakukan InsyaAllah semua yang kita mau terkabulkan......


    Mawi & Akhil Hayy - HambaMu (OST Imam Muda)

    Sunday, June 12, 2011


    Besar mesej yang cuba disampaikan dalam video ni...
    sama2 lh kita renungkan apakah mesej itu...
    Monday, June 6, 2011

    Hukama ada berpesan ;

    " Dunia diciptakan untuk manusia, manusia dicipta untuk akhirat"
    Kata pujangga;

    " Hidup dimulakan dengan tangisan, dicelahi oleh tangisan dan diakhiri dengan tangisan. Maksudnya hidup ini penuh dengan masalah, kesukaran dan kepahitan. Lihatlah betapa seorang bayi dilahirkan ke dunia dengan tangisan, apabila dewasa nanti hidupnya akan dicelahi oleh tangisan dan akhirnya dia akan mati lalu dihantar ke kubur dengan tangisan juga"

    Alhamdulillah

    Sunday, June 5, 2011
    Alhamdulillah, satu peristiwa yang mengingatkan aku kembali..
    yang menyedarkan aku kembali...
    walaupun pertama kali terkena fitnah..tapi fitnah ni cukup menyedarkan aku...
    agar kembali ke landasan yang benar..
    walaupun aku terkesima & terkedu sementara kenapa aku & bukan org lain yg mnjadi sasaran fitnah..mungkin inilah hikmah nya..supaya aku sedar kembali...

    Minta2 di masa hadapan jngnlh aku ditimpa fitnah sebegini & fitnah yang lebih besar lagi..kerana aku bukanlh seorang insan yang kuat & tabah utk mnghadapi ini...

    Mungkin ini lah salah satu cubaan yang membuahkan kesedaran utk aku..

    Cubaan?

    Macam sama dengan post di bawah je..

    -Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada besertanya: "Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).- al baqarah-214



    Sebenarnya tertarik utk post ayat ni setelah ayat2 ni dikatakan oleh ustaz hasnol, imam masjid meru dalam forumnya baru2 ini di masjid k. selangor..Cukup hebat orgnya ustaz ni..dngn kata2 dia mampu membuatkan hati yg mndengar ni diketuk dan berfikir panjang....

    Al- Baqarah 214




    Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada besertanya: "Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).





    Hukum Menggugurkan Kandungan Mangsa Yang Dirogol

    Keputusan:

    Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Julai 2002 telah membincangkan Hukum Menggugurkan Kandungan Mangsa Yang Dirogol. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

    1. Haram menggugurkan kandungan janin yang telah berumur lebih 120 hari kerana pengguguran itu dianggap satu jenayah bunuh ke atas janin yang telah ditiupkan roh kecuali pengguguran itu untuk menyelamatkan nyawa ibu.
    2. Pengguguran janin yang berumur sebelum 120 hari adalah harus sekiranya janin itu cacat dan berpenyakit yang teruk yang boleh membahayakan nyawa ibu.

    Hukum Menggunakan Bakteria Yang Diambil Daripada Najis Bayi Sebagai Agen Pemangkin Dalam Yogurt

    Keputusan:
    Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-62 yang bersidang pada 16 Mac 2004 telah membincangkan mengenai Hukum Menggunakan Bakteria Yang Diambil Daripada Najis Bayi Sebagai Agen Pemangkin Dalam Yogurt. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum menggunakan bakteria kultur yang dipencilkan daripada sebarang najis sebagai agen pemangkin dalam yogurt adalah harus dengan syarat telah melalui proses pengasingan dan penyucian yang sejajar dengan hukum syarak kerana bakteria yang terdapat di dalam najis bayi adalah mutanajjis.


    Keterangan/Hujah:
    Bakteria adalah makhluk yang dijadikan oleh Allah SWT dan tiada nas yang menyebut tentang pengharaman atau statusnya sebagai najis. Walaupun bakteria selalu digambarkan menyebabkan penyakit namun kajian sains menyingkap satu lagi rahsia bukti kebesaran Allah SWT bahawa setiap sesuatu yang dijadikan di atas muka bumi ini tidak sia-sia. Berdasarkan kepada prinsip " setiap sesuatu pada asalnya adalah halal " dan " setiap sesuatu pada asalnya adalah harus " maka memanipulasi bakteria baik untuk menafaat manusia adalah tidak bertentangan dengan syariat.