• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Pernahkah anda...

    Tuesday, March 6, 2012
    Assalamualaikum,
    ..
    pernah kah anda..melihat kehandalan penembak tepat atau dalam bahasa yang selalu kita guna 'sniper



    ketepatan tembakannya amat tepat..
    klu di dalam filem kita dapat lihat kehebatannya serta di dalam peperangan khidmat sniper digunakan untuk menembak musuh yang berada di dalam jarak jauh...tetapi..pernah kah kita terfikir siapa yang mencipta sniper itu..
    sudah tentu penciptanya lagi hebat ketepatannya daripada sniper tersebut..
    Sehubungan dengan itu, nak dikaitkan..baru-baru ini...telah banyak peluru ditembak ke sekeliling saya oleh Allah s.w.t..
    tembakannya disengajakan tidak mengenai saya...tembakan apakah ini?
    tembakan MAUT...
    ramai sahabat-sahabat sekeliling saya telah kehilangan sahabat tersayang mahupun keluarga tersayang lantas kerana tembakan ini..
    "cukuplah tazkirah sebagai peringatan" teringat kata-kata sahabat sy yg baru shaja post di fb...ye..mmg benar skali!!

    kadang-kadang kita merasa bahawa...maut itu jauh sekali dengan kita...
    kita merasa yang mati itu orang lain..bukan kita pun..

    "alah, aku lambat lagi bro,,rilek dulu"..

    ungkapan-ungkapan ini..atau kata-kata ini...
    seolah-olah menandakan macam kita ini x nak kepada kematian..seolah-olah mahu lari dengan kematian..mahu lari dalam erti kata bukan kerana kita merasa amalan kita tidak cukup..tapi merasa bahawa kematian itu amat jauuuuuh....sekali dari kita...
    lupakah kita bahawa... Allah s.w.t telah berfirman yang bermaksud:

    “Katakanlah (wahai Muhammad): “Sebenarnya maut yang kamu larikan diri daripadanya itu, tetap menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya).” (Al-Jumu’ah: 8.)..

    Kalau nak diikutkan..sayangnya Allah s.w.t ini..
    Allah ini selalu memberi peringatan kepada kita ..agar dia nak kita senang di alam sana...
    senang di alam kubur serta akhirat di sana...kerana apa..Allah s.w.t dah tahu dah bgaimana kedasyatan hari akhirat sana tu..

    " ( sangatlah dahsyatnya huru-hara hari itu, sehingga orang-orang yang bersalah merasa) pada masa melihatnya: seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu petang atau paginya sahaja"-Al naziat ,46-

    perumpamaan ibu kita lah ketika kita bayi..selalu pesan kita jangan main benda-benda tajam..sebab dia tahu bahaya pisau itu..sedangkan kita ketika itu hanya berfikir tentang keseronokan..bukankah sama dengan kita manusia sekarang..hanya berfikir tentang keseronokan dunia..sedangkan Allah s.w.t lebih tahu tentang bahaya dngn keseronokan dengan dunia ini..
    Jadi tidak salah rasanya kalau kita pula yang risau dan berfikir untuk diri kita. Persoalannya, bilakah kita nak mula risau tentang diri kita.
    jawapannya adalah :
    SEKARANG!!..kerana kematian akan datang tiba2.
    ."Setiap yang bernyawa akan merasai mati" (al-Imran : 185)
    Rasulullah juga mengkategorikan insan yang sentiasa mengingatkan kematian sebagai manusia paling bijaksana. Ibnu Umar berkata: “Aku bersama Rasulullah, lalu seorang lelaki Ansar datang kepada Baginda mengucapkan salam lalu bertanya: Wahai Rasulullah. Manakah antara kaum mukminin yang paling utama? Baginda menjawab: Yang paling baik akhlaknya antara mereka. Dia bertanya lagi: Manakah di antara kaum mukminin yang paling cerdik?

    “Baginda menjawab: Yang paling banyak mengingati kematian antara mereka dan paling bagus persiapannya selepas kematian. Mereka itu orang cerdik,” (Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah)

    Mengingati kematian juga boleh mendatangkan ketenangan jiwa seseorang sedang menghadapi kesulitan hidup.

    Ia menimbulkan kesedaran dunia bukan segala-galanya dan selepas kematian ada alam yang kehidupan serta kenikmatannya abadi.

    Bagi mereka yang dianugerahkan kesenangan, maka mengingati kematian menjauhkannya daripada kerlipan serta godaan duniawi.

    Kematian menyedarkannya kesenangan duniawi tidak kekal dan dia bakal berpisah dengannya.

    Hanya kehidupan di alam akhirat kekal abadi dan ini dapat menggerakkan jiwa untuk mempergunakan segala kesenangan di dunia ini demi mencapai kebahagiaan di akhirat.

    Oleh itu, dengan menyedari setiap bernyawa pasti akan menghadapi maut yang hanya diketahui Allah, pasti ia menimbulkan semangat untuk segera melakukan ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya.

    0 comments:

    Post a Comment