• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • minta maaf,,,,,

    Sunday, March 25, 2012
    minta maaf..sebab sy rasa agak penat sngt....
    rse agak penat terlampau.....
    bukan penat fizikal..tetapi mental serta emosi...
    sy takut sy x mampu teruskan....

    Jalan ini..

    Monday, March 12, 2012

    " Jalan dakwah ini bukanlah suatu jalan yang datar dan ditaburi bunga melainkan adakalanya disirami air mata dan darah."

    Hari esok..

    Friday, March 9, 2012


    "Saya percaya esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang berlaku pada hari esok"

    Pernahkah anda...

    Tuesday, March 6, 2012
    Assalamualaikum,
    ..
    pernah kah anda..melihat kehandalan penembak tepat atau dalam bahasa yang selalu kita guna 'sniper



    ketepatan tembakannya amat tepat..
    klu di dalam filem kita dapat lihat kehebatannya serta di dalam peperangan khidmat sniper digunakan untuk menembak musuh yang berada di dalam jarak jauh...tetapi..pernah kah kita terfikir siapa yang mencipta sniper itu..
    sudah tentu penciptanya lagi hebat ketepatannya daripada sniper tersebut..
    Sehubungan dengan itu, nak dikaitkan..baru-baru ini...telah banyak peluru ditembak ke sekeliling saya oleh Allah s.w.t..
    tembakannya disengajakan tidak mengenai saya...tembakan apakah ini?
    tembakan MAUT...
    ramai sahabat-sahabat sekeliling saya telah kehilangan sahabat tersayang mahupun keluarga tersayang lantas kerana tembakan ini..
    "cukuplah tazkirah sebagai peringatan" teringat kata-kata sahabat sy yg baru shaja post di fb...ye..mmg benar skali!!

    kadang-kadang kita merasa bahawa...maut itu jauh sekali dengan kita...
    kita merasa yang mati itu orang lain..bukan kita pun..

    "alah, aku lambat lagi bro,,rilek dulu"..

    ungkapan-ungkapan ini..atau kata-kata ini...
    seolah-olah menandakan macam kita ini x nak kepada kematian..seolah-olah mahu lari dengan kematian..mahu lari dalam erti kata bukan kerana kita merasa amalan kita tidak cukup..tapi merasa bahawa kematian itu amat jauuuuuh....sekali dari kita...
    lupakah kita bahawa... Allah s.w.t telah berfirman yang bermaksud:

    “Katakanlah (wahai Muhammad): “Sebenarnya maut yang kamu larikan diri daripadanya itu, tetap menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya).” (Al-Jumu’ah: 8.)..

    Kalau nak diikutkan..sayangnya Allah s.w.t ini..
    Allah ini selalu memberi peringatan kepada kita ..agar dia nak kita senang di alam sana...
    senang di alam kubur serta akhirat di sana...kerana apa..Allah s.w.t dah tahu dah bgaimana kedasyatan hari akhirat sana tu..

    " ( sangatlah dahsyatnya huru-hara hari itu, sehingga orang-orang yang bersalah merasa) pada masa melihatnya: seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu petang atau paginya sahaja"-Al naziat ,46-

    perumpamaan ibu kita lah ketika kita bayi..selalu pesan kita jangan main benda-benda tajam..sebab dia tahu bahaya pisau itu..sedangkan kita ketika itu hanya berfikir tentang keseronokan..bukankah sama dengan kita manusia sekarang..hanya berfikir tentang keseronokan dunia..sedangkan Allah s.w.t lebih tahu tentang bahaya dngn keseronokan dengan dunia ini..
    Jadi tidak salah rasanya kalau kita pula yang risau dan berfikir untuk diri kita. Persoalannya, bilakah kita nak mula risau tentang diri kita.
    jawapannya adalah :
    SEKARANG!!..kerana kematian akan datang tiba2.
    ."Setiap yang bernyawa akan merasai mati" (al-Imran : 185)
    Rasulullah juga mengkategorikan insan yang sentiasa mengingatkan kematian sebagai manusia paling bijaksana. Ibnu Umar berkata: “Aku bersama Rasulullah, lalu seorang lelaki Ansar datang kepada Baginda mengucapkan salam lalu bertanya: Wahai Rasulullah. Manakah antara kaum mukminin yang paling utama? Baginda menjawab: Yang paling baik akhlaknya antara mereka. Dia bertanya lagi: Manakah di antara kaum mukminin yang paling cerdik?

    “Baginda menjawab: Yang paling banyak mengingati kematian antara mereka dan paling bagus persiapannya selepas kematian. Mereka itu orang cerdik,” (Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah)

    Mengingati kematian juga boleh mendatangkan ketenangan jiwa seseorang sedang menghadapi kesulitan hidup.

    Ia menimbulkan kesedaran dunia bukan segala-galanya dan selepas kematian ada alam yang kehidupan serta kenikmatannya abadi.

    Bagi mereka yang dianugerahkan kesenangan, maka mengingati kematian menjauhkannya daripada kerlipan serta godaan duniawi.

    Kematian menyedarkannya kesenangan duniawi tidak kekal dan dia bakal berpisah dengannya.

    Hanya kehidupan di alam akhirat kekal abadi dan ini dapat menggerakkan jiwa untuk mempergunakan segala kesenangan di dunia ini demi mencapai kebahagiaan di akhirat.

    Oleh itu, dengan menyedari setiap bernyawa pasti akan menghadapi maut yang hanya diketahui Allah, pasti ia menimbulkan semangat untuk segera melakukan ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya.

    Kanak- kanak..

    Monday, March 5, 2012


    Assalamualaikum, sudah lama agaknya tidak menulis entri yg berilmiah sedikit..klu sebelum ni penuh dngan cerita karut marut je..:D

    hmm, kali ni..nak kongsi satu pengalaman..ketika habis kelas..
    tiba2 dtg budak2 nak salam dngan saya..lantas terdetik di hati saya..
    kenapa..budak yang tidak punya dosa dtg bersalaman dan cium tangan saya..
    sedangkan mereka tidak punya apa2 dosa...
    sedangkan saya ni..hamba penuh yang berdosa..
    hmmm....mungkin secara x langsung benda ni terfikir...
    tapi ia amat memberi makna pada saya...

    sejujurnya sy jenis yg x pndai mengungkapkn perasaan syg pada kanak-kanak..sy sayang dan suka pada mereka..tp sy tidak tahu utk mengekspresikannya..
    sedangkan nabi muhammad s.a.w adalah satu ikutan yang baik di dalam segala- galanya..

    "Rasulullah saw mencium Al-Hasan ibn `Ali manakala Al-Aqra` ibn Habis At-Tamim sedang duduk bersama-samanya. Al-Aqra `berkata," Saya mempunyai sepuluh orang anak dan tidak pernah mencium salah seorang daripada mereka. "Nabi Muhammad saw melihat kepadanya dan berkata," Sesiapa yang tidak belas kasihan kepada orang lain tidak akan kasihani oleh Allah SWT. "(Al-Bukhari)..."

    di dalam hadis ini..nabi mengeksperesikan rasa sayang dan suka nya pada kanak- kanak..

    nampaknya masih banyak lagi yg sy masih perlu belajar ttg kanak2 .....:(

    PBS 1

    Pbs first ku di s.k bukit belimbing, k.selangor..
    seminggu per-pbs di sini..
    yang paling bestnye..pbs sorang2..sob3..bosannye...:(
    tp cikgu2 kt sini friendly lah utk borak3..smpai segan nk borak2 dngn diorang :D
    yg plg x blh lupa..budak2 salam dngn sy sblum balik...rase lain kot..hehe